Selamat datang di ForSa! Forum diskusi seputar sains, teknologi dan pendidikan Indonesia.

Welcome to Forum Sains Indonesia. Please login or sign up.

September 08, 2024, 12:49:05 AM

Login with username, password and session length

Topik Baru

Artikel Sains

Anggota
Stats
  • Total Tulisan: 139,653
  • Total Topik: 10,405
  • Online today: 59
  • Online ever: 1,582
  • (Desember 22, 2022, 06:39:12 AM)
Pengguna Online
Users: 0
Guests: 55
Total: 55

Aku Cinta ForSa

ForSa on FB ForSa on Twitter

RENUNGAN

Dimulai oleh bolobeh, September 25, 2010, 08:11:38 AM

« sebelumnya - berikutnya »

0 Anggota dan 1 Pengunjung sedang melihat topik ini.

bolobeh

Alhamdulillah.....
bertemu kita lagi dalam bicara membuka minda...mudah-mudahan dapat dikongsikan bersama dalam usaha kita menuju ke jalan yang diredhoi....jika ada kesilapan atau penambahan dalam pemahaman saya ini harap dapat tuan perbetulkan........Dosa manusia pada hari ini telah mencapai ke tahap yang sangat serius....dosa kecil dan dosa besar sudah menjadi seperti satu "permainan"...ada juga yang membuat kebaikkan dalam dosa....terjadinya perkara ini kerana keyakinan manusia kepada kebenaran sudah tiada lagi....bagi mereka yang berilmu hendaklah ditakuti akan dosa-dosa kecil....kerana permulaan yang besar itu adalah dari yang kecil...disebabkan "habuk" itu terlalu haluslah maka sukar untuknya dibuang.....manusia sering mengotorkan "perangainya" melalui pancainderanya yang lima....sebab itulah permulaan kenal diri itu adalah mengenali perangai sendiri.....setiap hari manusia menggunakan pancainderanya yang lima itu...maka memakailah ia akan lima unsur iaitu Emas(mata).Kayu(hidung),Air(telinga),Api(mulut) dan Tanah (kaki dan tangan)..jadikanlah pandangan kita itu satu yang bernilai, hidung menarik nafas dengan cara yang betul dan mengesan datangnya ilmu ketuhanan, telinga untuk menimbang/menentukan sesuatu ilmu itu benar atau salah, mulut untuk ditutup agar api yang ada tidak membakar orang lain dan diri sendiri, kaki dan tangan akan dipertanggungjawabkan keatas amalan yang kita lakukan (.....akan ditanya tangan,,,,kemudian hari)..maka lengkaplah ianya sebagai seorang manusia.....jika memakai Air(telinga),Api(mulut),Angin(pengacau) dan Tanah(kaki dan tangan) sahaja.... dimanakah mata dan hidungnya? Jika kita membuat satu lukisan gambar manusia, jika tiada mata dan hidung apakah ianya boleh dipanggil manusia?....butakan mata (melihat hanya yang perlu sahaja), pekakkan telinga (mendengar ilmu yang benar sahaja), bisukan mulut ( menyatakan kebenaran sahaja)..ikat kaki dan tangan (mencapai apa yang hak sahaja)..separuh dari ilmu dalam sembahayang itu ada di sini...jadikanlah rahsia sembahayang itu di luar sembahayang...maka benarlah ayat "sesungguhnya sembahayang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"..jika kita tidak memakai yang ini, maka benarlah kata nabi itu "berapa ramai umatku yang sembahayang tetapi tiada sembahayang baginya".....setiap hari hendaklah dikirakan berapa banyak kesilapan/dosa yang kita perbuat....dan sembunyikanlah "kebaikkan" yang kita lakukan.....perbuatlah sesuatu itu mengikut "Aturan Tuhan".....ilmu yang benar tidak akan berlaku secara tiba-tiba..iannya mesti melalui proses...biji benih yang ditanam pada hari ini tidak mungkin membuahkan hasil keesokkan harinya...ia memakan masa ...tidak ada manusia yang beramal hari ini maka terus mendapat hasilnya....contoh ada dua orang syeikh tarekat (syeikh A dan syeikh B), keduanya berjalan untuk menuju ke satu destinasi bersama pengikut masing-masing ...setelah lama berjalan maka perut pun terasa lapar...syeikh A berkata kepada pengikutnya..kita berhenti dahulu untuk sembahayang dan mohon pada Tuhan agar didatangkan makanan....selesai sahaja sembahayang dan berdoa maka sekonyong-konyong di belakang mereka telah terhidang makanan yang diperlukan.....manakala syeikh B pula berkata kepada pengikutnya..kita berhenti sembahayang dulu,kemudian baru kita fikirkan bagaimana hendak mendapatkan makanan...selesai sahaja sembahayang syeikh B pun menyuruh pengikutnya pergi ke kedai berhampiran untuk membeli keperluan untuk di masak....maka kerja-kerja pun dibuatlah sehingga hidangan siap di masak.......Selesai saja mengalas perut ke dua-dua jemaah ini pun bergerak dan bertemu di satu tempat....maka pengikut syeikh A pun menceritakan akan kehebatan gurunya kepada pengikut syeikh B tadi....apabila mendengar akan cerita tersebut maka separuh dari pengikut syeikh B tadi pun mengambil keputusan untuk mengikut kumpulan syeikh A itu............MAKA....persoalaannya di antara syeikh A dan syeikh B tadi yang manakah mempunyai ilmu yang benar?.......beginilah keadaannya hari ini....Rasanya setakat ini sahaja dahulu...Alhamdulillah.