Selamat datang di ForSa! Forum diskusi seputar sains, teknologi dan pendidikan Indonesia.

Welcome to Forum Sains Indonesia. Please login or sign up.

Maret 28, 2024, 05:14:20 PM

Login with username, password and session length

Topik Baru

Artikel Sains

Anggota
Stats
  • Total Tulisan: 139,653
  • Total Topik: 10,405
  • Online today: 87
  • Online ever: 1,582
  • (Desember 22, 2022, 06:39:12 AM)
Pengguna Online
Users: 0
Guests: 129
Total: 129

Aku Cinta ForSa

ForSa on FB ForSa on Twitter

meningkatkan sistem imun tubuh merupakan rawatan yang terbaik..

Dimulai oleh faizaljua, Oktober 06, 2009, 12:31:10 PM

« sebelumnya - berikutnya »

0 Anggota dan 1 Pengunjung sedang melihat topik ini.

faizaljua

transfer facktor boleh mendidik sistem imun tubuh.

Pengetahuan tentang transfer factor wujud disebabkan usaha perintis imunologi Dr. H. Sherwood Lawrence. Dalam tahun 1949, Lawrence menemui bahawa dengan menyuntik ekstrak leukosit daripada seseorang yang pernah dijangkiti tuberkulosit daripada seseorang yang pernah dijangkiti tuberculosis pada seseorang yang masih belum dijangkiti, imuniti diberikan kepada penerima tersebut, mengelakkannya daripada terkena jangkitan. Dr. Lawrence menamakan ekstrak tersebut transfer factor dan kemungkinan untuk berkongsi imuniti semula jadi antara sesama manusia dan juga di antara haiwan dan manusia menjadi suatu kenyataan.

Bukti pertama potensi pengaktifan sel imun dalam jangkitan, kawalan tumor/ Ia juga dikenali sebagai versi semulajadi sistem imun melawan didikan. Bertahun-tahun yang lalu, ahli sains menganggap bahawa sel pembunuh semulajadi adalah alat yang lancing dalam sistem pertahanan imun badan. Wujud untuk membunuh, sel-sel ini dianggap bergerak terus dari sumsum tulang, di mana ia dihasilkan, ke dalam darah, beredar dari sana lalu menyusup masuk ke tapak tumor awal atau agen jangkitan dalam badan.

Transfer factors ialah molekul semula jadi mikroskopik yang berada dalam jasad semua haiwan. Ia adalah pengutus, menghantar maklumat imuniti tentang kehadiran suatu ancaman imun - Sama ada luaran atau dalaman, dan cara untuk bertindak dengan betul, dari satu sel imun ke sel imun yang lain.

Penemuan Baru Mempertingkatkan Pengetahuan Kita Tentang Imuniti
Richard Bennett, Ph.D.
Sains Hayat Gunaan

Pada ketika sains masih lagi mula memahami cara transfer factor bertindak dalam komunikasi kompleks sistem imun, orang ramai di seluruh dunia sedang menikmati faedah kesihatan dan fungsi sistem imun yang bertambah baik daripada molekul-molekul yang menakjubkan ini. Usaha ramai penyelidik menunjukkan bahawa transfer factor mendidik dan mempertingkatkan fungsi imunologi. Kemuncak usaha ini mendokumenkan bahawa aktiviti sel pembunuh semula jadi (NK – natural killer) limfosit dengan nyata meningkat setelah satu denyutan transfer factor.

Secara asasnya, transfer factor adalah molekul maklumat sistem imun. Dalam sebahagian kecil transfer factor, peptida (jujukan asid amino), identiti molekular suatu virus, bakteria atau patogen lain terkod. Di tahap molekul, ini sama seperti meninggalkan acuan tapak kaki pada pasir basah; kesan itulah transfer factor.

Apabila sistem imun melihat "tapak kaki" ini, ia menyambarnya, memproses dan memberikannya kepada sel imun tidak berkomitmen atau belum matang yang tidak mempunyai tapak kaki mereka sendiri. Dalam proses menyambar dan memberikan maklumat ini, banyak sitokin dirembeskan ke dalam kawasan berdekatan. Secara tepat, sitokin interleukin 12 (IL-12) dan interleukin 2 (IL-2) menyediakan keterujaan dan peningkatan am bagi semua sel imun dan sel NK khususnya.

Transfer factor untuk penggunaan komersial pada mulanya diambil daripada kolostrum lembu tenusu. Dengan penemuan berikutnya, iaitu transfer factor dalam kuning telur ayam, sains melangkau jauh dalam kemajuan transfer factor yang disasarkan untuk organ tertentu. Apabila ayam bertelur, ia telah menjadi sumber penting untuk transfer factor.

Idea untuk menggabungkan transfer factor kolostrum bovin (lembu) dan transfer factor avian (ayam) berasal daripada tanggapan bahawa dua sumber transfer factor daripada spesies berbeza mungkin dapat memberikan jujukan identiti mikrob yang lebih lebar, terkod dalam transfer factor untuk mendidik sistem imun secara sinergi.

Untuk menguji bahawa gabungan transfer factor mungkin mempertingkatkan lagi fungsi imun, ahli-ahli sains telah menggunakan cerakin sel NK. Cerakin sel NK adalah ujian terbaik yang ada pada ketika ini untuk menilai fungsi imun. Cerakin NK menggunakan limfosit hidup dalam keadaan in vitro, atau makmal. Dengan menggunakan cerakin ini, para penyelidik telah dapat menentukan gabungan tepat transfer factor bovin dan avian yang prestasinya jauh lebih baik daripada gabungan lain. Hasil kajian mengatasi jangkaan para penyelidik dan memberikan pemahaman yang mendalam dan penting, terutamanya nyata sekali gabungan tersebut bekerja secara sinergi.
Cara Kerja Sel Pembunuh Semula Jadi

Sebelum membincangkan ujian tersebut, perlulah difahami fungsi sel NK dalam sistem imun. Ahli sains dan pakar perubatan di seluruh dunia, baru sahaja mengiktiraf kuasa sel NK untuk mengawal jangkitan virus dan tumor. Mereka menggunakan beberapa pemodulat imun untuk cuba mempertingkatkan fungsi imun. Banyak sekali kajian yang menunjukkan dengan jelas bahawa sel NK boleh dan sememangnya mengawal dan membantu membendung pelbagai jenis kanser dan sel yang dijangkiti virus.

Sel NK adalah sejenis limfosit yang unik kerana ia tidak memerlukan asas atau didikan untuk berfungsi sebagaimana diperlukan oleh limfosit-T dan -B. Sel NK mempunyai kemampuan untuk mengenal pasti keasingan. Tisu yang dipindahkan secara pembedahan kerap kali ditolak oleh sel NK kecuali jika "keserasian" tisu tersebut amat baik dan ubat penindas imun tertentu diberikan. Suatu sel yang telah diubah menjadi tumor atau sel yang telah dijangkiti oleh virus mungkin kehilangan ciri asalnya dan kelihatan asing kepada sel NK.

Sel NK mengawal semua sel dalam badan dan membuat hubungan fizikal dengan "kucupan NK." Jika kucupan tersebut menunjukkan bahawa sel tersebut okey dan bukan asing, sel tersebut dibebaskan. Jika kucupan menunjukkan bahawa sel tersebut adalah tumor atau sel tersebut telah dijangkiti virus, kucupan yang diberikan adalah kucupan maut dan dua jenis toksin yang dikeluarkan oleh sel NK akan memusnahkan sel tersebut.

Sebelum ini, sel NK dianggap sebagai imuniti jenis primitif. Kini amat jelas bahawa sel NK adalah "pin agung" sistem imun dan mempunyai pengaruh amat besar terhadap banyak sekali fungsi imun. Maka, sel NK berfungsi tinggi mempunyai banyak peranan penting dalam mengekalkan fungsi dan imbangan imun yang optimum.
Mengukur Aktiviti Sel NK

Sel darah putih daripada penderma yang sihat menyediakan sumber limfosit untuk cerakin. Sampel tidak bertanda yang mengandungi beberapa kombinasi berbeza transfer factor yang berasal daripada kolostrum lembu dan kuning telur ayam diinkubasikan dengan sel NK selama pelbagai tempoh masa sehingga takat masa 48 jam untuk mengenal pasti nisbah gabungan yang poten. Kuantiti sel NK yang diketahui ditambahkan ke dalam perigi kecil mengandungi sel kanser hidup. Sel-sel kanser tersebut adalah sasaran untuk sel NK. Sejenis pewarna yang boleh diukur secara elektronik digunakan untuk memberi tanda apabila sel kanser dilisis, atau dibunuh. Ini membenarkan pengukuran objektif tindakan sel NK. Ujian ini kemudiannya menentukan jumlah sel kanser sasaran yang dimusnahkan oleh sel NK. Peratusan lisis sel (CL – cell lisis) adalah suatu ukuran yang penting.
Keputusan: Formula Lanjutan Transfer factor 4Life dan Transfer factor 4Life Plus

Ujian sel NK untuk gabungan Transfer factor avian/bovin 4Life dan gabungan Transfer factor 4Life Plus menunjukkan gabungan optimum yang mendorong sel NK untuk membunuh 69 dan 97% daripada sel kanser, masing-masing (Rajah 1). Ini mewakili pertambahan 283 dan 437% ke atas garis dasar, atau fungsi sel kawalan NK, yang mana tiada Transfer factor telah ditambahkan. Untuk terus mengesahkan ujian tersebut, makmal menggunakan kawalan positif. Dalam kes ini, kawalan positif tersebut adalah pengantara fisiologi imun poten dinamakan interleukin 2 atau IL-2. Interleukin 2 secara khusus merangsang tindakan sel NK dan, apabila digunakan dalam bentuk drug, ia dikenali sebagai suatu standard untuk sesetengah jenis penyelidikan kanser. Dalam cerakin sel NK, IL-2 memberikan pertambahan sebanyak 88% dalam lisis sel. Perkara yang mengagumkan adalah prestasi Formula Lanjutan Transfer factor 4Life Plus jauh lebih baik daripada kawalan positif dan telah digelar oleh para penyelidik tersebut sebagai "interleukin emas".